Apa itu STEM


Industri-industri Sains dan Teknologi sedang berkembang secara global, tetapi jumlah graduan yang memenuhi syarat untuk bekerja di bidang ini semakin berkurang. Para lulusan bidang-bidang ini sangat digemari di Amerika, Inggeris dan Australia. Karena lulusan di bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik) memiliki kemahiran "transferrable" yang sangat penting dan diperlukan oleh banyak sektor.

Yang dimaksud dengan kemahiran yang dapat dipindahkan adalah kemampuan untuk mengalihkan kompetensi yang dimiliki sesuai dengan situasi dan keadaan.



Apa itu STEM?


STEM terdiri daripada bidang "Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik".

Di Australia dan Amerika, populasi pelajar yang mendaftar untuk program STEM semakin meningkat. Bagi memastikan Malaysia turut bergerak seiring serta berdiri sama tinggi dengan negara maju, kita perlu melahirkan lebih ramai graduan yang mahir dalam bidang STEM, supaya kita tidak terlalu bergantung dengan teknologi negara maju kerana negara turut mempunyai cerdik pandai yang ahli dalam bidang STEM.


Mengapa bidang STEM?


Ilmu dan teknologi industri yang sedang berkembang pesat, memerlukan lulusan/graduan yang mahir dalam bidang ini. Selain itu kemahiran yang boleh dipindah milik yang dimiliki para lulusan membuat mereka boleh bekerja di banyak bidang.

 Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Dr Mohd Azhar Yahaya berkata , negara menyasarkan satu juta tenaga kerja dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) menjelang 2020.

“Hakikatnya pada hari ini kita amat jauh sekali daripada sasaran tersebut kerana berdasarkan kaji selidik yang dijalankan Akademi Sains Malaysia, hanya 20 peratus pelajar di negara ini yang mengambil jurusan sains.

“Rata-rata ramai yang beranggapan sains adalah satu ilmu atau bidang yang sukar dan ia menjadi alasan utama untuk tidak memilih jurusan sains,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Karnival Creativity and Science4u 2016, di sini, hari ini.

Pada majlis yang turut dihadiri Pengarah Pelajaran Melaka Abu Bakar Saari itu, Mohd Azhar berkata, bagi memastikan sasaran satu juta tenaga kerja dengan asas STI dapat dicapai, nisbah bilangan pelajar sains perlu berada pada tahap 60peratus.

“Adalah menjadi tanggungjawab MOSTI untuk membudayakan sains dalam masyarakat dan menukar pandangan orang ramai kepada “sains itu mudah” serta menjadikan sains sebagai sebahagian daripada kehidupan kita.

“MOSTI juga mempunyai peranan penting dalam merangka kemajuan kerjaya berteraskan STI sebagai motivasi generasi akan datang untuk memilih jurusan  bidang berkaitan Sains, Teknologi dan Matematik,” katanya.

Beliau berkata tenaga kerja yang ramai diperlukan dalam bidang ini kerana dijangkakan peluang pekerjaan baharu yang berteraskan sains dan teknologi seperti dalam bidang teknologi nano, sains angkasa dan penjagaan kesihatan akan bertambah dalam tempoh empat tahun lagi.

Mengulas lanjut, Mohd Azhar berkata, antara langkah yang dilaksanakan MOSTI dalam usahanya menyemai minat terhadap bidang sains kepada pelajar ialah dengan mengadakan Karnival Creativity and Science4u.

“Ramai beranggapan “sains itu ilmu atau bidang yang sukar”. Ramai pelajar sekolah tidak berminat untuk mengikuti jurusan sains atas alasan berkenaan.



Ulasan