DEFINISI DOKTOR PAKAR BEDAH
Doktor pakar bedah berfungsi untuk merawat penyakit yang terpaksa dilakukan sekiranya penyakit tersebut tidak dapat dirawat dengan ubat-ubatan yang diberikan. Sesuatu pembedahan yang dijalankan biasanya hanya melibatkan bahagian yang tertentu sahaja dan hanya spesifik kepada keadaan yang khusus. Pakar bedah ialah pakar yang membantu dalam kerja diagnosis yang dilakukan oleh doktor bertauliah sahaja. Pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik-klinik di seluruh negara. Bagi mereka yang telah disahkan oleh panel perubatan, mereka boleh membuka klinik sendiri. Doktor pakar bedah mempunyai bidang-bidang yang tertentu seperti pakar bedah , pakar saraf, pakar telinga, pakar hidung, pakar kerongkong dan lain-lain.
GAJI DOKTOR
Doktor biasa
sektor awam - RM 1884.00 ( gaji permulaan )
sektor swasta - RM 5500.00 ( gaji permulaan )
Doktor pakar
pakar kanak-kanak - $ 156,000 ( setahun )
pakar radiologi - $ 315,000 ( setahun )
pakar ortopedik - $ 315,000 ( setahun )
pakar cardiologists - $314,000 ( setahun )
pakar anesthesiologists - $ 309,000 ( setahun )
internists - $165,000 ( setahun )
pakar psikiatri - $170,000 ( setahun )
SYARAT-SYARAT/KELAYAKAN UNTUK MENCEBURI BIDANG KEDOKTORAN
- Mempunyai ijazah doktor perubatan daripada universiti yang diiktiraf kerajaan.
universiti malaya ( UM )
universiti kebangsaan malaysia ( UKM )
universiti sains malaysia ( USM )
universiti putra malaysia ( UPM )
universiti malaysia sarawak (UNIMAS )
universiti islam antarabangsa malaysia ( UIAM )
- Tertakluk kepada Medical Act.1971
- Memohon kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk Provisional Registration
- Menjalani latihan amali selama tidak kurang dari 12 bulan di hospital yang diluluskan
- Memohon permohonan penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia sebagai pegawai perubatan
- Dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan di bawah perkhidmatan wajib.
CIRI-CIRI PERIBADI
Prihatin terhadap manusia tentang masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka.
Mempunyai sifat balas kasihan, berakal, bertenaga, sabar dan tabah.
Mempunyai pegangan kukuh akan prinsip-prinsip sains dan penggunaannya dalam masalah perubatan.
Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis.
Mempunyai emosi yang stabil dan berkebolehan membuat keputusan dalam waktu kecemasan
Sihat tubuh badan, kebolehan mental dan stamina fizikal.
Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis dan sebaliknya.
Berkemahiran berkomunikasi
Kemahiran dalam kebolehan pengurusan.
KETERANGAN TUGAS
Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaannya.
Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis
Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis.
Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas.
Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan.
Mengambil bahagian dalam pembangunan dan perlaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum.
Mengajar penuntut perubatan, penuntut sains kesihatan , pakar perubatan dan profesional kesihatan yang lain.
Menyediakan dokumen dan laporan saintifik.
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan seperti menyelia pekerja lain
PILHAN ALIRAN TINGKATAN 4
Murid yang berminat untuk menceburi bidang kerjaya doktor perlu mengambil aliran sains tulen atau aliran sains tulen agama jika anda dari sekolah menengah agama.
Matapelajaran wajib semasa tingkatan 4 ialah:
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sejarah
5. Pendidikan Islam
Antara matapelajaran elektif yang perlu diambil ialah:
1. Matematik Tambahan
2. Sains Tambahan
3. Biologi
4. Kimia
5. Fizik
Matapelajaran elektif Aliran Sains Tulen Agama:
1. Matematik Tambahan
2. Sains Tambahan
3. Biologi
4. Kimia
5. Fizik
6. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
7. Pendidikan Syariah Islamiah
8. Tasawwur Islam
9. Bahasa Arab Tinggi
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
Di Malaysia, semua murid perlu menjalani Ujian Psikometrik untuk mengenal pasti minat dan kecenderungan mereka. Jika seseorang murid mempunyai minat yang mendalam dalam bidang sains khususnya bidang perubatan, ia boleh dibuktikan melalui Ujian Psikometrik seperti;
1. Memperoleh mata 75% ke atas dalam Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKP) untuk item Verbal Lingguistik Bahasa Inggeris diikuti dengan Logik Matematik.
2. Menunjukkan kecenderungan yang tinggi dalam Inventori Minat Kerjaya (IMK) untuk item Realistik, Investigatif dan Konvensional.
Ulasan
sila rujuk sini:
http://nurhaizachemat.blogspot.my/2015/12/hala-tuju-selepas-pt3-tips-memilih-mata.html
masa T4 untuk subjek Elektif, sains tambahan x ambik boleh x?
. boleh jelaskan???
subjek teras wajib cemerlang semasa form 3, iaitu bm,bi,math, dan sains.
meritautomotive.com/
rock-breaker.store/
foam-wiper-ball.com/